Logo Persatuan Belia Kompang Warisan Sri Delima kg melayu subang ini merangkumi pelbagai warna, aspek & reka bentuk. Sebagai contoh:
• Simbol bulat pada logo menandakan bentuk bulan yang mewakili agama islam. Di samping itu terdapat warna bendera selangor iaitu merah & kuning. Kami juga meletakan kompang di tengah-tengah logo bagi melambangkan ia adalah persatuan kompang.
• Warna ungu pada lingkaran luar logo menandakan semangat kesukarelaan pada ahli-ahli kompang. Di samping itu juga ia adalah warna rasmi untuk persatuan belia kompang warisan sri delima.
• Kami memilih ikatan daun padi hijau yang menunjukkan semangat kesuburan berpasukan,kerjasama dan setia kawan dikalangan ahli-ahli kompang.
• Pemilihan nama warisan sri delima kerana ingin menyambung warisan kompang dari generasi kompang terdahulu di kampong melayu subang sejak tahun 1980an lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan